"B"
Sukarnya kekadang hati ini utk berbicara apa yg tersirat
Kita sering salah tafsir tindakan masing-masing
Tapi itu tidak bererti kita tidak menyinta
"B"
Kenanglah daku dalam doamu, mimpimu
Kerna dirimu, wajahmu ku bawa ke mana saja
Walau seminit pun tidak pernah ku lupa
Bahawa kau senantiasa di sisi ini
"B"
Cukuplah segala keperitan yg pernah kita lalui
Kau pernah berjanji utk bersama hingga ke akhir hayat kita nanti
Andai kata aku pergi dahulu, dakaplah memori kita bersama selamanya
Aku akan tetap menunggumu walau di mana pun aku berada kelak
"B"
Aku tidak pandai berkata-kata, mahupun berkias
Tapi yang aku tahu, diri ini sangat2 menyintai dirimu
p/s: You're break my heart but you mend it too
0 comments:
Post a Comment