Hari ni seluruh Selangor cuti (wah...dah lama tak menulis dalam bahasa sendiri..kikikiki - tu lah asyik nk ckp omputih jer). Pagi lagi dalam kul 10am dah bangun and terus aku bersiap-siap nak ke Midvalley ngan baby (my sis yg kt UM tu). Kitaorg bertolak dalam 11.15am. Sampai Midvalley lebih kurang dalam pukul 12.15pm tapi mak aii...jam giler! Penat siot kaki aku drive kereta manual ni. Berpusing2 kt area Midvalley tu semata-mata nk cari parking. Dalam kul 1.00pm barulah dapat parking. Ari ni mmg ramai orang turun ke situ. Yang aku menyampah sangat tu, nak masuk parking ada 2-3 tmpt jer. Kete dahlah beribu nk masuk tp tmpt nk masuk berapa kerat jer.
Takde plan apapun cuma dah rancang dgn Ajai utk keluar sekali. Dia pun dapat cuti ari ni so dia pun temanlah aku dgn adik aku ke situ. Aku seperti biasa, tak beli apa2. Cuba gak sekang perbelanjaan aku ni so aku biarkan baby sorang jer shopping. Biasalah, dah namanya perempuan. Dia sibuk duk cari kasut utk di pakai masa kuliah nanti. Dah puas pusing2, akhirnya kitaorg singgah kt MNG and dia belilah sepasang wedges 4". Katanya wedges senang nk berlari kalo lambat gi kelas nanti (motiff!!!!).
Apapun, decorations sempena menjelangya Krismas memang cantik bangat. Tapi yang aku tak tahannya, ramai giler orang. Sampaikan nk cuba baju kt fitting room pun kena beratur panjang. Nak kata serik tu, taklah. Don't expect me to take public trans? Dah lama tak naik bas or komuter. Lagipun kalo naik komuter pun ramai orang gak. Tambah lagi kena berebut...(then stop whining, yus!)
p/s: Camera courtesy of baby's handphone (so that's why tak berapa clear)...
0 comments:
Post a Comment