Tak salah rasanya kalo aku nk mencoret sepatah dua kata di sini. Biarlah ini menjadi catatan terakhir bagi hubunganku dgn si dia. (sigh). Hanya Tuhan jer yg tahu perit yg aku rasa skrg ni. Mungkin betul spt apa yg di kata orang. Luaran orang nampak kita gembira tapi di dalam kita menangis. Haha...Rasa mcm tercabut nyawa bila benda ni tak jadi. Air mataku dah bergenang dari tadi tapi aku tahu, takde sapa yg bisa fahami apa yg aku rasai skrg ni. Aku selalu cuba utk memahami perasaan orang lain bila mereka mengalami benda yg sama tp diriku ini seringkali menanggung sendiri. Iye, aku mmg sedih. Lagu yang anda semua dgr skrg ni menemani ku di waktu ini.
Apa perasaan ku ketika ini? Aku teramat sedih dan aku rindu. Adakah patut aku pandang belakang and lupakan semua ni? Tapi bagaimana? Ia tak semudah itu. Lebih baik bagiku utk pandang apa yg berada di hadapan ku walaupun perit utk aku melangkah ke depan. Tak salah rasanya utk aku menangis kerana aku juga insan yg ada hati dan perasaan. Mungkin sesetengah orang tak mengerti sbb mereka tak berada di tmpt ku skrg. Takpelah, mungkin aku tak mampu utk tunjukkan pd mereka.
Mungkin betul kami tiada jodoh. Lebih baik begini dari sama-sama tak bahagia. Kalo sekuat mana pun benteng yg kita cuba pertahankan ttp jua akan musnah dek gelora ombak yg kuat. Tapi biarpun benteng tersebut telah musnah, jika di kumpul semangat dan kekuatan bersama, insyaAllah benteng yg baru akan terbina semula.
Kpd kawan2:
Berilah aku masa utk pulih and bangun semula dari kejatuhan ku ini.
Mungkin ada di antara anda tidak akan mendengar apa2 kabar berita dari ku.
Bila tiba masanya, aku akan kembali dgn semangat yg baru.
Kpd B:
Takkan ada insan yg akan ku panggil B lagi.
Percayalah yg diriku tidak pernah menanam sifat dendam walaupun kau letakkan kesalahan pada bahuku seorg.
Selagi aku mampu, aku akan pikul kerana aku telah cuba tapi gagal juga.
Mungkin diriku tak sesempurna insan lain.
Apa yg mampu aku berikan kasih sayang and sepenuh perhatianku, tapi itu juga tak pernah mencukupi.
Walau diri ini sentiasa ternanti-nanti dirimu tetapi ku rasakan sinar kebahagiaan kita telah lama pudar.
Mungkin kau juga sudah lama merasakan kemesraan kita telah hilang.
Aku berharap dikau akan bertemu dgn insan yg lebih baik and sempurna dariku yg akan membimbingmu.
Maafkan segala salah dan silapku.
Ini merupakan nota terakhirku utk tatapan dirimu....
Walau kita tak bersama lagi, memori antara kita akan ku semat kemas di sudut ruang hatiku.
Salam sayang B
Maafkan yus...
2 comments:
...please where can I buy a unicorn?
el Absurdo por que esto http://nuevascarreras.com/comprar-cialis-es/ comprar cialis sin receta Mi piacerebbe parlare con te. cialis 20 mg 8 comprimidos uhjofaozzu [url=http://www.mister-wong.es/user/COMPRARCIALIS/comprar-viagra/]viagra cialis[/url]
Post a Comment