THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 21, 2008

Diet

"work in progress" (oops! sexy plak..hehe)

Dah almost 2minggu lebih yus lepak kt umah jer. Yelah, keje start 2 June nanti. Dalam pada tu, makanan tetap di jaga di samping tido and rehat yg secukupnya (actually, terlebih tido, terlebih makan and terlebih rehat...hehe). Mana taknya, kalo tak jaga pemakanan, berat yus boleh naik dgn mendadak.

Alhamdulillah, diet yg yus amalkan sejak sebulan lepas berkesan. Sorry, tak amik pil ok cuma amalkan senaman dan pemakanan seminimum mungkin. Dan sekarang ni yus gigih gak ke gym kt Kajang ni belakang Sek. Convent, Extreme Fitness. Dah almost sebulan yus kt situ. Murah pun murah, hanya RM 70/sebulan. Mostly yus akan fokus on cardio and weight lifting.

Since yus tak bleh angkat besi berat sgt, so yus terpaksa berpada-pada. Nantilah yus citer psl gym yg yus join tu k. Ia tak macam California fitness yg yus pernah join dulu, ada sauna, swimming pool, tennis court, etc but oklah sebab semua mesin lengkap. Dulu berat yus 72kg and sekarang ni dah 69/70kg. Ingat nk turunkan lagi 2kg kot smpi 67/68lg. Gi gym cos nk kasi body fit sikit and yus tak prefer nk ada muscle besar2 sgt. Nanti byk baju lama takleh muat lak ;-)

Oh well, mesti ada yg tertanya apa yg yus makan kan? Inilah rahsianya (bley??):

Pagi:
Quaker Oat dan pisang/epal dan air suam/teh.
2 roti serat tinggi (cuba cari jenama Gardenig) dan milo/teh/air suam.

Tengahari:
Nasi sesenduk (tak tambah) dan ayam sup/tomyam/bakar bahagian dada (yus cuba elakkan yg bergoreng) + sayur (dulu tak suka makan sayur but beberapa bulan ni paksa makan gak!).

Minum Petang:
Biskut kering/serat tinggi dan teh.

Malam:
Nasi sesenduk - menu mcm tghari(kadang2 jer).
Kalo tak, lebih ekstrem yus hanya minum susu soya jenama V-Soy (sedap).
Kadang2 perut lapar gak, but ada biskut kt tepi katil so mamam jer.

Sabtu/Ahad:
Time ni yus akan makan sedap sikit cam fast food ke/pasta (my fav).
Tapi ttp berpada2.

Benda yg harus dielakkan:
Minuman bergas - coke/sprite (favourite tu...but minum setiap Jumaat malam jer..if u know what i mean ;-p).
Ais-krim - mmglah sedap tp byk sgt kalori...menci!!!

0 comments: