After awhile I did my writing in english, I think it is time for me to speak up for myself using my own "bahasa ibunda"...
Hari ni sepatutnya menjadi waktu di mana aku ngan Rafi ke PJ utk settle road tax and insurans aku yg berjumlah RM 1200++ tu. Pokai poket aku bulan ni dgn utang piutang yg terpaksa aku settle kan. Thank God kakak Rafi sudi tolong aku and aku hanya perlu byr less than RM 1000, which kitaorg try utk settle secara online. Dahlah leceh nk cari bank la...kedai la...sampaikan nk cari kedai yg ada mesin fax pun susah. Dah jumpa, fotostat 4 helai kertas dgn fax ke no NS kena charge sampai RM 10. Giler ke tak tu? Walau pun aku dah pokai tapi spt kata Rafi, takpe lepas ni settle dah semua ni.
Aku pun bukannya familiar sgt dgn kawasan PJ tu sbb yelah, not my territory so ada a few times aku sesat kt situ. Paling aku tensen nk pusing masuk RHB punya HQ tu pun jauh. Tambah lagi cuaca panas and kete banyak giler. Tapi takpe, aku ckp kt diri aku sabar...
Pergi kt bank tu, pegawai bertugas bernama En. Johan kata maybe ptg sikit aku leh la dapat road tax tu so kitaorg ke Midvalley pusing2 dulu sementara nk tggu jam 4.45pm. Tapi takpe, dalam pada tu aku sempatlah jumpa Ajai member lama aku sejak sekolah dulu. Borak punya borak, tgk2 dah 4.30pm. So, aku call la En. Johan tu. Mulanya line asyik bz jer so aku sabarla duk mendail no dia tu. Lama2 baru dapat tp dia kata tggu sampai budak despatch dia sampai. Rafi pun tak sabar so kitaorg terus ke sana. Bila sampai sana plak, En. Johan si cilanat ni plak kata road tax takleh renew becos aku ada saman tak settle! What the fuck???? Apesal la bodoh sgt mamat ni time online waktu tu dgn JPJ, bengap sgt tak check aku punya saman. Tapi pelik sbb aku mana ada kena saman. Tambah lg saman ari tu pun aku dah settle. Time bila plak kena lagi???? Aku bingung pikirkan benda ni. Yelah, mana lagi nk korek duit. Aku ni bukannya byk duit pun. Gaji ciput tapi byk benda nk byr smpi utk diri sendiri pun asyik terabai je.
Aku mmg sedih sgt ari ni smpi satu hari aku rasa down sgt2. Tapi apa yg bleh aku lakukan? Esok nk kena gi check kt police station psl saman aku tu. Entah2 yg pasal accident ari tu kot? Tapi orgnye dah larikan diri. Takkan dia nk wat report polis gak? Tapi takkanlah langsung takde notis. Kalo kena saman sbb tu, kena lagi RM 200-300. Manalah aku nk cekau lg duit tu? Aku ada nyatakan pd Rafi yg aku nk minta advance utk gaji aku bulan ni dari boss aku tapi tak tahulah...
Aku mmg tak tahu nk fikir apa dah sbb aku dah buntu. Duit aku dah abis ke situ. Mana lagi aku nk kopek duit. Tapi aku berterima kasih byk2 pada Rafi sbb sabar dgn kerenah aku and sanggup kasi pinjam duit dia dulu walau aku tahu dia pun tgh pokai. Aku janji akan ganti dalam minggu ni gak. Malam ni pun aku semacam takde mood sgt. Entahlah, nk senyum pun susah skrg ni. Tambah lagi telefon ku yg tak berhenti-henti berdering membuatku semakin panas. Sampai di tahap aku rasa nk berhenti keje sahaja and move on with my life. Aku tak sanggup hidupku di pengaruhi oleh panggilan 24/7. Ajai ada cakap yg Robinson ada keje kosong sbg supervisor ttp aku tak pasti sama ada aku boleh atau tidak. Spt kata Rafi, keje sebegitu tidak ada masa hadapan.
Cuma aku sedih dan terkilan. Tuhan byk menguji aku sejak dulu...Tapi aku ttp tabahkan ati aku utk mengharungi semua ujianNya sampai di satu tahap aku jatuh tak bleh utk aku berdiri. Di situlah aku rasa spt aku di penghujung segalanya...Adakah masih ada sinar utkku di masa kemudian? Aku hanya pasrah. Aku sering mendahulukan org lain and kekadang mengabaikan perasaan aku sendiri tp adakah ia berbaloi? Hmm....
1 comments:
Ujian adalah sebahagian dari hidup seorang manusia..Kita harus tabah menghadapi.
Kita juga harus mencari kesilapan kita. Adakah perkara perkara yang kita lakukan adalah dengan se ihklas ihklasnya?
Itu pun di ambil kira oleh Allah..
Jadi sebaik baiknya, Kita buat sesuatu dengan terbaik semoga orang sekeliling pun berbaik dengan kita
Pada Edz - ini adalah dugaan buat awak...Sabar lah ye..semoga dengan pengorbanan yang awak buat selama ni tidak sia sia. Insya Allah, rajin berdoa dan awak akan dapat segalanya..Ini saya yakin kerana awak memang orang yang baik :)
Post a Comment