Hari ni telah diisytiharkan bahawasanya petrol akan naik sebanyak RM 0.78/seliter. Bermakna, seliter petrol bermula tengahmalam ni akan meningkat kepada RM 2.70. Ouch! Mahal giler siot!!! Yus sempat kira tolak tadi and anggaran utk isi minyak penuh kete telah menjadi hampir RM 100 daripada dulunya RM 70++. Kalo kita ni kaya, takpelah gak.
Dengan itu juga, dikhabarkan yang harga utk barang2 lain juga akan bertambah. Nampaknya, kuranglah sikit aktiviti jejalan and shopping selepas ini...huhu ! (boleh ker?)
Yus pada mulanya tak tahu sangat pasal kenaikan harga ni cos duk dlm ofis jer kan. Tahu pun sbb time blk keje td, tgk semua stesen minyak penuh ngan kete. Tak sampai beberapa minit, kakak yus plak telefon suruh isi minyak penuh cepat2. Alahai...Nak isi minyak pun tggu sampai 11/2 jam baru dapat isi since kete beratur panjang. Yus isilah dalam RM 50, so tahanlah dalam 2 minggu kot, hmm...First time yus tgk semua petrol station penuh kat Kajang ni. Sungguh luar biasa ;-))
Harga minyak dlm masa 16 tahun - sejak 1990
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78) - hampir 40% naik??
Ada tak sapa2 terasa nk cekik BADAWI???
So? apa yang boleh dibuat? macam biasa, tunggu dan lihat (dan ready utk mengalami wallet yang menipis secara mendadak). Tak tau la apalagi tujuan harga minyak naik ni.. cakap mau kurangkan beban..poorah!
Ok, berbalik pada cerita ari ni. Seperti biasalah ada training. Kali ni tak penat sgt since lebih byk kt bilik meeting jer dgn presentation and ulasan dari setiap department. Bosan gaklah but yus rasa perlu since setiap department ni memainkan peranan yg penting dalam tugas sbg seorang PC ni. Apapun, yus ada citer menarik lagi panas utk di kongsi tapi harap kawan2 bersabar ek. Believe me, it's worth the wait! Hangat beb...
0 comments:
Post a Comment